Kursus Asas Menembak





MELAKA - Kelab Belia Sentosa telah turut serta didalam Kursus Asas Menembak yang dianjurkan dengan kerjasasama RADA Cheras dan Gerakwanis Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Ahli Jawatankuasa Pusat BEST termasuk Presiden, Zulkefli Nawawi dan Penasihat Pembangunan Pendidikan, Latihan dan Kerjaya, Tuan Mohd Nawi Sulaiman.


Kursus ini memberi pendedahan kepada ahli BEST tentang asas pengendalian senjata dan secara tidak langsung membentuk jatidiri kepada peserta. Kursus sehari ini telah disertai seramai 130 peserta yang datang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Semua peserta telah bergerak ke lokasi menembak secara berkonvoi yang disertai 28 buah kereta.


* Tidak semua gambar disiarkan, atas tujuan keselamatan.

Latihan Kejurulatihan RakanAntidadah Selangor





PETALING JAYA - Bengkel Latihan Kejurulatihan Rakan Antidadah Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 16 Julai 2011 di Bilik Seminar Agensi Antidadah Kebangsaan, Daerah Petaling. Bengkel sehari ini memberi pendedahan kepada peserta tentang fungsi dan peranan AADK(Agensi Antidadah Kebangsaan) dan RADA(Rakan Antidadah). Selain dari itu peserta juga di beri maklumat tentang jenis dadah, kesan serta maklumat terkini tentang penyalahgunaan dadah. Program yang disertai oleh wakil AADK Daerah, kepimpinan RADA dan ahli RADA dari semua Daerah di Selangor.

Ulangtahun BEST ke 3








PETALING JAYA - Kelab Belia Sentosa menyambut ulangtahun ke 3 penubuhannya di Petaling Jaya Selangor semalam di Pusat Aktiviti BEST di Tabika Kemas Medan Pulau. BEST yang telah ditubuhkan dengan pembentukan jawatankuasa penajanya pada 15 Mei 2008 terus bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti di seluruh Selangor dan Wilayah.

Semoga BEST terus maju dan mara, dengan memberi wadah terbaik kepada belia dalam melaksanakan pelbagai aktiviti.

SELAMAT ULANGTAHUN KE 3.


Sambutan Hari Belia Negeri Selangor







PETALING JAYA - Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di dua daerah pada tahun ini, iaitu di Hulu Langat dan Petaling Jaya Selatan. BEST telah menghantar 45 peserta untuk menyertai program ini, dimana pasukan kompang telah mengiringi perarakan bunga manggar terbesar di Malaysia yang mana ianya telah dicatatkan didalam Malaysian Book Of Record.


Selain dari itu BEST juga telah mengadakan demonstrasi silat, dari Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia. Terdahulu dari ini, sepanjang bulan belia, pelbagai aktiviti telah diadakan di seluruh kawasan di Daerah Petaling dan acara kemuncaknya diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan. BEST dengan kerjasama Persatuan Belia Petaling Jaya Selatan(PEJASA) telah menganjurkan Kursus Asas Seni Kuntau Selendang Merah yang di kelolakan oleh Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia. Kursus yang diadakan pada 30-1Mei itu telah disertai oleh 32 peserta dan merupakan program pertama yang dianjurkan sempena bulan belia tahun 2011 ini.

Kursus Kompetensi Kepimpinan Belia di PD




PORT DICKSON - Kursus Kompetensi Kepimpinan Belia Siri 2 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah diadakan di Casa Rachado Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini lebih menjurus kepada komunikasi dan bagaimana bekerja didalam satu pasukan. Peserta dipecahkan secara berpasukan dan terpaksa bersaing untuk menunjukkan kemampuan dan kompetensi diri. Kumpulan Kajang yang dianggotai oleh Presiden BEST sendiri telah memenangai pertandingan kompentensi ini.

Festival Jalanan Kuala Selangor




KUALA SELANGOR - Program Festival Seniman Jalanan 2010 Peringkat Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada hari Sabtu lepas di Perkarangan letak kereta, Hotel Sun Inn, Kuala Selangor. Kelab Belia Sentosa telah dijemput untuk turut menyerikan lagi program yang diadakan dan BEST telah menghantar persembahan kumpulan silat serta membantu dalam kerja urusetia.


Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Meru, YB Dr. Abd Rani Osman, dimana didalam ucapannya, beliau mengharapkan agar penggerak seni dapat memberikan nafas baru kepada seni dan budaya agar dapat menggalakkan generasi muda untuk menyertainya. Turut hadir ketika perasmian adalah Penasihat Pembangunan Jatidiri BEST, Tn. Hj. Wan Mohd Tahir Hj. Wan Ibrahim, YDH Dato' Mohd Yaacob Hj. Ismail, Orang Besar Daerah Kuala Selangor dan Dato' Samad Maharudin, YDP Majlis Kebudayaan Negeri Selangor.

Misi Bantuan Banjir ke Perlis


PERLIS - Program Misi Bantuan Kemanusiaan anjuran bersama RADA Cheras dan Gerakwanis Kuala Lumpur telah disertai oleh Presiden BEST serta 8 ahli yang lain, jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 35 orang termasuk dari RADA dan Gerakwanis. Rombongan telah bertolak dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor pada jam 10.30 malam dan dilepaskan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan yang turut menghantar wakil PUSKAP serta bantuan berupa beras dan barangan keperluan.


Rombongan telah mengadakan gotong-royong di Arau Perlis dan melawat kawasan2 yang dilanda banjir pada hari pertama. Pada hari kedua rombongan telah mengagih-agihkan bantuan dan melawat mangsa banjir serta menyampaikan sumbangan bantuan. Aktiviti ini adalah sebahagian dari pengalaman berharga yang boleh di manafaatkan oleh belia terutama ketika mendengar kisah-kisah yang dilalui oleh mangsa banjir yang boleh dijadikan iktibar dan sentiasa bersiap siaga untuk menjadi sukarelawan terutama diwaktu yang amat memerlukan seperti yang berlaku di negeri Perlis ini.






Kursus Belia Berkaliber Peringkat Negeri Selangor Siri 2



LANGKAWI - Program Belia Berkaliber Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Langkawi Seaview Hotel, Langkawi, Kedah. Program ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin belia berkaliber dan ianya telah diadakan di peringkat daerah sebelum ini.

Program yang diadakan dari 27 hingga 30 Mei ini telah diadakan dengan jayanya dimana peserta telah diberi input tentang kepimpinan, kaedah memimpin, pengurusan dan sebagainya. Peserta juga diberi tugasan yang sesuai dengan matlamat kursus dan secara keseluruhan program telah memberi impak positif kepada peserta.

* Atas permintaan kami akan cuba memuat-naik persembahan yang dibuat oleh kumpulan yang diketuai oleh Presiden BEST di BEST TV.