Halaman

Kelab Sukan Komuniti



28 November 2008 - Majlis Makan Malam Kelab Sukan Komuniti(KSK) telah diadakan di Kelab Golf Serendah yang dihadiri oleh semua AJK baru dan mantan AJK Kelab Sukan Komuniti(KSK). Majlis telah dimulakan dengan ucapan Pengerusi KSK yang baru, YB Mohd Isa b. Abu Kassim dan penyampaian cenderahati kepada mantan pengerusi KSK Dato' Zainal Sakom yang diwakili oleh mantan Timbalan KSK yang lalu. Pengerusi BEST, Sdr. Zulkefli Nawawi turut hadir didalam Majlis ini sebagai salah seorang AJK KSK yang baru.

Setiausaha BEST dapat cenderamata SINAR

Setiausaha BEST, Saudara Mohd. Rizwan telah menerima cenderamata dari Skuad Cakna SINAR setelah gambar beliau telah dibulatkan didalam akhbar SINAR keluaran 22 November 2008 (keratan akhbar dipenjuru gambar diatas). Beliau menerima cenderamata berupa topi dan tshirt SINAR, berkata, "Saya akan menggantung cenderamata ini dikedai saya dengan keratan akbar SINAR sebagai kenangan."

Majlis Berkhatan Beramai-ramai

26 November 2008 - Majlis berkhatan beramai-ramai telah diadakan di surau Al-Furqan pada hari ini telah disertai 16 orang kanak-kanak di sekitar Bandar Bukit Sentosa. Majlis ini sebenarnya telah dimulakan dari malam semalam (25 November 2008) dengan cabutan nombor giliran untuk berkhatan, bacaan doa selamat dan solat hajat untuk keselamatan kanak-kanak yang mengambil bahagian telah diadakan selepas magrib lagi, dimana kanak-kanak yang mengambil bahagian telah diberi pulut kuning dan bunga telur. Majlis pada malam itu yang dihadiri lebih 100 orang, telah diakhiri dengan jamuan bersama AJK Surau, Ahli Belia, Ahli Kariah surau, IbuBapa dan kanak-kanak yang terlibat.

Program yang turut melibatkan ahli BEST sekitar Bandar Bukit Sentosa, yang turut membantu dalam penyediaan makanan dan unit media. Pengerusi BEST, saudara Zulkefli berkata; "Program seperti ini patut diadakan dengan lebih meriah lagi kerana ini adalah salah satu dari peristiwa yang berlaku hanya sekali dalam hidup kanak-kanak ini, dan ianya boleh diabadikan sebagai satu kenangan manis untuk mereka ketika di zaman kanak-kanak ini. Didalam program ini BEST berkerja-sama dengan surau Al-Furqan dalam menjalankan aktiviti untuk mengutip pengalaman dan insyaAllah di tahun yang akan datang kami akan cuba menjayakannya pula".

Program yang bermula seawal 7.30pagi, dimana kanak-kanak telah mandi di kolam mandi di rumah salah seorang dari AJK Surau dan kemudiannya di arak oleh bapa masing-masing ke surau. Program telah dirasmikan oleh Sdr. Nashruddin Abd. Aziz, Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat, merangkap Ahli Majlis.

Majlis Penyampaian Bengkong

15 November 2008 - Majlis penyampaian bengkong dan istiadat mandi minyak panas yang dianjurkan oleh Perguruan Seni Gayong Tapak Lima cawangan Bukit Sentosa dengan kerjasama Kelab Belia Sentosa telah diadakan di dataran sentosa pada hari ini telah menerima sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran mencecah lebih 400 orang. Majlis yang dirasmikan oleh YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, yang juga Penasihat Kehormat Kelab Belia Sentosa ini telah turut melibatkan penyertaan Persatuan Kompang Fattani Malaysia, cawangan Sg. Buaya dan Kelab MyXV.

Didalam majlis ini seramai 73 ahli perguruan telah menerima bengkong masing-masing. Sandang Pendekar Muda telah diberikan kepada Mohd Nur Fitri b. Rozaymi, Adnan b. Alias, Mohd Saiful b. Ahmad Syukeri, Mohd Khalil Khusairi b. Rushdan, Mohd Afizal b. Mohd Zulkefli dan Mohd Aminuddin b. Abd. Rahman yang juga menerima sijil pelajar terbaik 2008. Anugerah Pelajar Cilik Terbaik 2008 telah diberikan kepada adik Hazman b. Johari yang berusia 8 tahun, yang kini belajar di SK Bukit Sentosa.

Majlis juga telah menganugerahkan Sandang Kehormat kepada YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman Nail, Pengerusi Kelab Belia Sentosa, En. Zulkefli Nawawi, dan Timb. Pengerusi Majlis Kejurulatihan Kompang Fattani Malaysia, En. Mohamad Pauzi Mahmud. Sandang Anugerah telah diberikan kepada Setiausaha Kelab Belia Sentosa, En. Rizwan Zainal Abidin, Pengerusi Tadika KEMAS Sri Bakawali En. Shafie b. Atan, Guru Penasihat Silat SMK Batu 16, Rawang, Puan Hjh. Suryani bt. Hj. Hassan, Guru Penasihat Silat SMK Bandar Sg. Buaya, Ustazah Nasitah bt. Abd. Hamid dan Puan Ramlah bt. Mokhtar.

Upacara mandi minyak telah mulakan oleh tetamu kehormat, Tuan Tukiman Nail serta isteri dengan meletakkan tapak tangan di permukaan minyak panas dan disusuli oleh tetamu kehormat lain, pesilat dan ibu-bapa. Majlis seperti ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada belia tentang adat-istiadat pendekar melayu dan juga mempromosi silat ini kepada belia untuk dijadikan sebahagian dari aktiviti sihat yang boleh mereka sertai. Majlis ini juga telah disiarkan secara lansung di laman web Kelab Belia Sentosa di www.beliasentosa.org, yang dikendalikan oleh Unit Media, Kelab Belia Sentosa.

Kepada belia yang berminat, untuk turut serta didalam latihan yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di gelanggang BEST, Dataran Sentosa, anda boleh menghubungi Cikgu Bahzan(Along) - 017-3468540.

Gambar sekitar aktiviti >> Gambar Aktiviti