Halaman

Kursus Belia Tani


13 Januari 2009 - Kursus Belia Tani anjuran bersama dengan PGTM akan diadakan mengikut Fasa, bermula dari Fasa 1 - 6 Febuari 2009 hingga 28 Jun 2009(klik jadual). Program ini adalah sebagai permulaan untuk BEST dalam membentuk kumpulan pertama program belia tani yang akan mengusahakan projek pertanian berkelompok belia.

Exco Pertanian dan Asas Tani BEST, Saudara Mansor Adam berkata usaha adalah langkah pertama dalam mengwujudkan belia yang berpengetahuan dalam bidang pertanian moden. Antara kursus yang dianjurkan adalah termasuklah kursus fertigasi dan penternakan. Kursus yang ditawarkan oleh BEST dalam Kursus Belia Tani Fasa 1 ini adalah Kursus Ternakan Kambing Jamnapari, Kursus Fertigasi (Cili & Rock Melon), Kursus Ternakan Lembu Tenusu & Daging dan Kursus Ternakan Kambing Boer. Kami juga sedang merancang menjalankan kursus penternakan lintah dan ikan keli. Buat permulaan kursus ini dianjurkan di Serdang, Selangor dan Johor. Kami sedang berusaha untuk membangunkan satu lokasi yang sesuai untuk dijadikan pusat latihan pertanian BEST dengan usaha-sama PGTM. Kami berharap usaha ini, akan mendapat sokongan dari pihak yang terlibat, termasuk Kementerian Belia dan Sukan.

Untuk para belia yang berminat boleh berhubung terus dengan Saudara Mansor (012-375 3082). Kursus ini juga terbuka kepada mereka yang bukan belia, asalkan mereka berminat dalam bidang pertanian atau yang ingin menceburi bidang ini.

AJK Beliawanis BEST jadi Naib Juara

1 Januari 2009 - AJK Beliawanis BEST, Saudari Maslina bte Mat Rus telah dinobatkan sebagai Naib Juara didalam pertandingan karaoke sempena sambutan tahun baru 2009 yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO, Bandar Bukit Sentosa.

Majlis yang turut dihadiri oleh ADUN Batang Kali Y.B. Isa b. Abu Kasim ini mempertandingkan 20 peserta diperingkat akhir dan 4 daripadanya adalah ahli BEST. Penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Y.B. Isa b. Abu Kasim, Ketua Pemuda Cawangan Bandar Bukit Sentosa, Sdr. Abdul Razak Jamhuri, Wakil Rezki Prima Niaga Sdn. Bhd. yang juga Penasihat BEST, Sdr. Ahmad Kamal Abd. Rahman dan Pengerusi BEST, Sdr. Zulkefli Nawawi.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari golongan belia yang minat dalam bidang nyanyian. Jumlah penyertaan seramai 56, 4 dari peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah ahli BEST. Juri pertandingan Mohd. Abdul(AB), Zakaria Hassan(Zack), Jasni(Dmax dari kumpulan Samudera) dan (dari kumpulan Sejati).