Halaman

Kursus Pengurusan Kepimpinan Belia

29 Mac 2009 - Kursus Pengurusan Kepimpinan Belia telah dianjurkan di Shahzan Inn, Bukit Fraser, dimana ianya disertai seramai 62 orang peserta yang dipilih dari beberapa persatuan dan kelab di sekitar Hulu Selangor. Kursus selama 3 hari 2 malam ini telah mendedahkan kepada peserta tentang kaedah mengurus dan memimpin kelab belia.

Didalam kursus yang dianjurkan ini, dua peserta telah dipilih sebagai peserta terbaik oleh Jawatankuasa penilaian. Menurut peserta terbaik belia, Saudara Mohamad Rizza b. Mohd. Razali, banyak ilmu dan pengetahuan juga peluang yang sebelum ini tidak beliau ketahui, dan dengan menyertai kursus ini, ianya telah membuka minda beliau dalam merancanga untuk berpesatuan. Peserta terbaik beliawanis, Saudari Ranjini a/p Nadarajan pula berasa amat bertuah kerana selain dari dapat menambah ilmu dan kenalan, beliau juga dapat mempelajari sedikit-sebanyak tentang ilmu menjadi sesorang pemimpin sesebuah persatuan.



Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Kelab Belia Sentosa ini juga telah mendapat pujian dan komen yang membina dari seluruh peserta kursus, rata-rata peserta berpendapat ini adalah antara kursus terbaik yang pernah mereka sertai. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Ibrahim b. Hasan, Pegawai Belia Daerah Hulu Selangor yang mewakili Pengarah Jabatan Belia Negeri Selangor.

Sambutan Maulidur Rasul


8 Mac 2009 - Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan bersama Surau Al-Furqan pada hari ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Program yang dimulakan dengan Pertandingan 'Kuiz Maulidur Rasul' dan 'Pertandingan Mewarna' untuk kanak-kanak yang diadakan selepas solat Zohor.
Program disusuli dengan persembahan nasyid oleh Ahli Kelab Remaja Al-Furqan(KRAF). Warga bangladesh yang tinggal di kawasan komuniti turut menyumbangkan nasyid dalam bahasa urdu yang berjudul 'nate al Rasul'. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BEST turut tidak ketinggalan bersama ahli belia menyampaikan nasyid yang berjudul 'Nabi Junjungan'. Jamuan diadakan pada pukul 6.30 petang disediakan secara gotong-royong.
Aktiviti disambung selepas magrib dengan mengadakan Forum Maulidur Rasul bersama tetamu jemputan iaitu Ustaz Hj.Asmadi Mustakim (Penolong Pengarah Pembangunan Pendidikan JAIS) dan Ustaz Hj .Kamal Azhari Zahra (Pengarah Amar Rabbani Association). Forum ini telah dipengerusikan oleh Saudara Fakaruddin Abdul Karim dan berakhir pada pukul 10.30 malam.

Taklimat Pakej Ransangan Ekonomi Belia 2009



7 March 2009 - Taklimat bagi Pakej Ransangan Ekonomi oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah diadakan di Hotel Residence Uniten, Kajang, Selangor. Dalam taklimat ini kesemua persatuan/kelab terpilih yang terlibat dalam menganjurkan kursus-kursus yang ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri di berikan taklimat mengenai kaedah pelaksanaan kursus.
Kelab Belia Sentosa telah diberikan tugasan untuk melaksanakan kursus bertajuk 'Kursus Kompetensi Pengurusan Persatuan Belia(baru)'. BEST akan mengadakan mesyuarat pelaksanaan kursus ini selepas Mesyuarat Agong Kelab yang akan diadakan pada hari Ahad depan (15 Mac 2009).