Halaman

Pelancaran Kad Keahlian BEST


17 Mei 2009 - Pelancaran Kad Keahlian BEST telah diadakan di Dataran Sentosa serentak dengan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah. Pelancaran telah disempurnakan oleh Penasihat Kehormat Kelab Belia Sentosa, Tuan Tukiman b. Nail. Majlis pelancaran ini adalah sebahagian dari aktiviti sempena sambutan sambutan setahun BEST.
Majlis pelancaran ini juga telah mendapat kerjasama dari pihak Polis Di Raja Malaysia, dalam menjaya gimik pelancaran. Selepas bacaan doa, suasana senyap seketika apabila pengerusi majlis hanya duduk diam sehingga tetamu dan hadirin yang hadir terpinga-pinga, seketika kemudian terdengar siren kereta peronda Polis hadir merentasi Dataran Sentosa dan berhenti betul-betul di hadapan pentas utama.

Sdr. Abd Razak Jamhuri, salah seorang Exco BEST keluar dari kereta peronda, seterusnya mengambil sampul surat besar yang tertulis "Kepada : Seluruh Ahli, Kelab Belia Sentosa(BEST)" dan menyerahkannya kepada Tuan Tukiman b. Nail dan Presiden BEST, Sdr. Zulkefli Nawawi yang berada di pentas utama, untuk dibuka dan diletakkan di tempat yang disediakan.

Penasihat Kehormat BEST, Tuan Tukiman b. Nail kemudiannya berucap melancarkan kad keahlian BEST dan disusuli ucapan oleh Presiden BEST. Majlis ini diakhiri dengan upacara memotong kek sambutan setahun BEST yang dilakukan bersama oleh Presiden BEST, Penasihat Kehormat BEST dan tetamu jemputan. Keseluruh Ahli BEST berkumpul dan bersama-sama menyanyikan lagu 'selamat ulang tahun' untuk Kelab Belia Sentosa(BEST).

Semoga BEST terus cemerlang dalam menerajui kepimpinan belia di Negeri Selangor ini, khususnya di Daerah Hulu Selangor.

Kursus Jatidiri dan Patriotisma

3 Mei 2009 - Kursus Jatidiri dan Patriotisma yang dianjurkan oleh Majlis Belia Selangor di Sg.Gabai, Hulu Langat, Selangor telah dijayakan dengan cemerlang dengan penyertaan 39 orang pemimpin tertinggi, pemimpim kanan pertubuhan dan penggerak belia di seluruh Selangor.

Kelab Belia Sentosa(BEST) telah menghantar seramai 5 peserta yang terdiri dari kalangan Exco dan Ahli Jawatankuasa Pusat. Rombongan BEST telah diketuai sendiri oleh Presiden BEST, Zulkefli Nawawi, diikuti oleh Setiausaha Agung, Mohd Rizwan Zainal Abidin, Timbalan Setiausaha Agung, Wani Ishak, juga Ahli Jawatankuasa Pusat, Abd Razak Jamhuri dan Mukry Abadi.





Didalam kursus ini peserta telah didedahkan dengan ilmu kepimpinan dengan membina semangat jatidiri dan patriotisma dikalangan pemimpin. Kursus ini juga memberi peluang pemimpin mengeluarkan buah fikiran dan resolusi untuk memaju serta mengerakkan belia dengan lebih bersepadu, juga membentuk jaringan yang lebih berkesan. Disini peserta juga berpeluang mengenali pemimpin organisasi lain dan bertukar-tukar pengalaman, pendapat juga peluang yang ada, yang boleh disalurkan demi pembangunan belia.
Secara umumnya, program ini telah berjaya membentuk dan membina semangat jatidiri dan patriotisma dikalangan peserta yang hadir.