Halaman

Program mengacau dodol bersama ADUN Kuang

Program kacau dodol bersama ADUN Kuang, Y.B. Shukor b. Hj. Idrus di adakan di padang bersebelahan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuang. Didalam program ini sebanyak 41 buah kawah dodol yang mewakili 41 wakil komuniti dan pertubuhan bergabung untuk menjayakan aktiviti ini.
Program yang bermula dari selepas solat tarawikh sehingga ke subuh ini, telah berjaya membentuk kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan diantara komuniti di DUN Kuang. Aktiviti ini telah menjadi acara tahunan DUN Kuang. Kelab Belia Sentosa telah dijemput oleh Pejabat Belia Daerah Gombak untuk bersama-sama menyertai program ini. Ahli BEST yang hadir adalah dari Kuang, Kundang, Rawang, Sg.Buaya dan Bukit Sentosa.

Video di BEST TV : http://youtube.com/beliasentosa

Majlis Penutupan Latihan


Sg.Serai - Majlis Penutupan Latihan kompang sempena menyambut Ramadhan Zon Rawang telah diadakan disini. Majlis telah dihadiri oleh Guru Utama Kompang Fatani Malaysia - Tuan Hj. Mohd. Salleh b. Datuk Hj. Mohd Said, Penasihat Kompang Fatani Sg. Buaya - Kolonel(B) Tuan Hj. Mohammad Ghani b. Mohammad Madersah, Penasihat BEST Sg.Buaya - Tuan Mohd Pauzi b. Mahmud, Presiden BEST - Zulkefli Nawawi serta seluruh ahli kompang Fatani Sg.Buaya, Sg.Serai dan Wilayah yang juga Ahli BEST turut hadir.
Pada Majlis ini ahli kompang turut mengadakan latihan terakhir bersama sebelum bercuti sempena Ramadhan dan Aidilfitri. Didalam majlis ini, Guru Utama Kompang Fatani Malaysia, Tuan Hj. Mohd. Salleh b. Datuk Hj. Mohd Said, telah memberi kata-kata nasihat dan amanat kepada semua ahli kompang terutama berkaitan latihan dan amalan di bulan Ramadhan.