Isnin, 8 Disember 2008 - Ibadah Qurban AidilAdha yang diadakan di Surau Al-Furqan dengan kerjasama Hidayah Centre, dan JIM Hulu Selangor turut melibatkan Ahli BEST. Walaupun suasana hujan renyai-renyai, program tetap diteruskan dan berjalan lancar. Antara Ahli BEST yang hadir termasuklah Pengerusi BEST, saudara Zulkefli Nawawi, Timb. Pengerusi BEST, saudara Mohd Bahzan, Setiausaha BEST, saudara Mohd. Rizwan, AJK BEST saudara Syukri, saudara Bakri dan Ahli-ahli BEST yang juga Ahli Kelab Remaja Al-Furqan(KRAF).
Apa yang menarik didalam program korban kali ini ialah penglibatan belia didalam aktiviti ibadah korban, yang mana ianya secara tidak lansung mendidik golongan belia terutamanya, tentang cara dan kaedah pengurusan ibadah korban ini. Pengerusi surau En. Ramley May berkata; "golongan muda adalah golongan pewaris kepimpinan untuk masa akan datang, apa yang kita harapkan kita akan mempunyai generasi pelapis untuk aktiviti-aktiviti sebegini terutama dikalangan golongan belia.".
Pengerusi BEST, Saudara Zulkefli Nawawi bekata; "hari ini kami belajar, mungkin selepas ini(tahun depan) kami boleh melakukannya melalui kelab kami sendiri. Hari ini juga ramai lagi golongan belia yang ingin turut serta, tetapi tak berkesempatan kerana balik kampung. Walau bagaimana pun hari ini meriah, lebih meriah lagi bila ada seekor lembu terlepas.".
Didalam program ini, 3 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan. Setelah 2 ekor lembu disembelih lembu ketiga telah terlepas apabila tali tambatan terputus. Kariah surau dan ahli belia beramai-ramai mengepung dan berjaya menangkap semula lembu tersebut hampir setengah jam kemudian dan kejadian ini adalah antara kejadian yang memeriahkan lagi suasana aktiviti korban disini. Daging korban telah diagih-agihkan kepada peserta dan golongan fakir termasuk mualaf di sekitar kawasan. Di sebelah petangnya pula satu jamuan untuk semua yang terlibat diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan