Halaman

Kempen Simpan Minyak Masak Terpakai

Minyak masak merupakan suatu daripada bahan utama yang kita gunakan didalam sehari-hari terutama bagi mereka yang kerap memasak. Boleh dikatakan hampir keseluruhan makanan yang kita masak memerlukan minyak masak. Akan tetapi,penggunaan minyak masak yang berkali-kali boleh menyebabkan penyakit kanser. Inilah bahayanya menggunakan minyak masak yang kerap.

Selama ini kita sering terfikir kemana kita hendak lupuskan minyak masak yang telah kita gunakan selama ini. Dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk melupuskan minyak masak ini ke dalam longkang,sinki,tanah dan sebagainya. Ini lah pendorong yang menyebabkan sinki,lubang jamban malah antara penyebab kepada longkang tersumbat. Ini belum lagi dicampur dengan sampah sarap yang kita buang secara merata-rata tempat.

Malah, melalui survey yang kami buat lebih ramai yang tidak mengetahui cara untuk melupuskan sisa buangan ini. Melalui dengan adanya Kempen Alam Sekitar iaitu Kempen Kumpul Minyak Masak Terpakai ini yang dianjurkan oleh Kelab Belia Sentosa dengan Kerjasama Tahfiz Al Hira, pihak kami berharap dapat membuka mata dan memberi kefahaman kepada masyarakat tatacara untuk melupuskan minyak masak ini disamping dapat menjana pendapatan.

Bagi makluman lanjut, boleh menghubungi terus:

0183555979

Mesyuarat MT Kelab Belia Sentosa

Assalamualaikum semua MT....

Satu mesyuarat santai bersama MT akan diadakan pada :
Hari : Khamis
Tarikh: 28/4/2016
Lokasi : KFC BUKIT SENTOSA
Masa : 830 mlm..

ANDA SEMUA DI MINTA HADIR SEPERTI WAKTU YG DITETAPKAN..

Program SIFIRIA


         Secara umumnya kita tahu bahawa kini, murid mempunyai masalah di dalam matapelajaran matematik khususnya di bahagian sifir malahan murid-murid ini menjadi tertekan apabila mendapat soalan yang berkaitan sifir. Penyelidikan yang di buat oleh Dr. Azaruddin Md Baki telah menemukan sebuah teknik yang di kenali sebagai SIFIRIA. Sebuah teknik mudah dan santai ini dapat membantu murid-murid di tahun 3,4,5 dan 6 sekaligus dapat menarik minat pelajar di dalam Matematik.

          Oleh hal yang demikian, di bawah Biro Pendidikan menjalin hubungan strategik dengan CARE AQ Resources membawa program ini ke sekolah-sekolah rendah dan berharap agar program ini dapat membantu murid sekolah rendah khususnya di dalam mata pelajaran matematik. Malah, ianya mendapat sambutan yang baik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor.


   

                                    Ketika slot Mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor







Jerebu dan langkah pencegahan

Kita sedia maklum, selain dari tahun 1997, Jerebu yang melanda negara kita pada kali ini merupakan antara yang terburuk di dalam sejarah. pada 5 dan 6 Oktober ini boleh di katakan hampir keseluruhan sekolah di seluruh negara ditutup akibat bacaan IPU yang tinggi.

Bersama dengan ini kami lampirkan bersama Langkah dan pencegahan mengenai Jerebu
sumber: kementerian kesihatan malaysia

Klinik Larian 2015 Sesi 2 bersama Best Ironman 2014& 2015 serta No 1 Ironman Langkawi 2015

Klinik Larian Sesi ke 2 kembali lagi bersama saudara Mohd Amran Ghani yang merupakan
Malaysia No 1. Ironman 2014&2015 dan Malaysia Ironman Langkawi 2015. Program yang akan diadakan pada :

Tarikh : 23 Mei 2015
Masa :  7.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : padang B, Dataran Shah Alam
Bayaran :  Rm20 ( bagi penyertaan kali pertama)
                  RM 10 Ex Student
                  RM 15 Ahli komuniti Chap Ayam Thriathelete.

Jangan lepaskan peluang ini!

Apa yang anda perlu anda ketahui?

* Tahukah anda bahawa larian sebenarnya memerlukan teknik yang sangat PENTING untuk anda ketahui walaupun larian yang perlahan.

* Tahukah anda teknik yang anda gunakan sebenarnya boleh menyebabkan punca daripada kecederaan

Dan tahukah anda....
Tempat adalah terhad. Daftar segera!
Untuk makluman lanjut di www.fat2fit.com

Kursus Asas Menembak





MELAKA - Kelab Belia Sentosa telah turut serta didalam Kursus Asas Menembak yang dianjurkan dengan kerjasasama RADA Cheras dan Gerakwanis Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Ahli Jawatankuasa Pusat BEST termasuk Presiden, Zulkefli Nawawi dan Penasihat Pembangunan Pendidikan, Latihan dan Kerjaya, Tuan Mohd Nawi Sulaiman.


Kursus ini memberi pendedahan kepada ahli BEST tentang asas pengendalian senjata dan secara tidak langsung membentuk jatidiri kepada peserta. Kursus sehari ini telah disertai seramai 130 peserta yang datang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Semua peserta telah bergerak ke lokasi menembak secara berkonvoi yang disertai 28 buah kereta.


* Tidak semua gambar disiarkan, atas tujuan keselamatan.

Latihan Kejurulatihan RakanAntidadah Selangor





PETALING JAYA - Bengkel Latihan Kejurulatihan Rakan Antidadah Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 16 Julai 2011 di Bilik Seminar Agensi Antidadah Kebangsaan, Daerah Petaling. Bengkel sehari ini memberi pendedahan kepada peserta tentang fungsi dan peranan AADK(Agensi Antidadah Kebangsaan) dan RADA(Rakan Antidadah). Selain dari itu peserta juga di beri maklumat tentang jenis dadah, kesan serta maklumat terkini tentang penyalahgunaan dadah. Program yang disertai oleh wakil AADK Daerah, kepimpinan RADA dan ahli RADA dari semua Daerah di Selangor.

Ulangtahun BEST ke 3








PETALING JAYA - Kelab Belia Sentosa menyambut ulangtahun ke 3 penubuhannya di Petaling Jaya Selangor semalam di Pusat Aktiviti BEST di Tabika Kemas Medan Pulau. BEST yang telah ditubuhkan dengan pembentukan jawatankuasa penajanya pada 15 Mei 2008 terus bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti di seluruh Selangor dan Wilayah.

Semoga BEST terus maju dan mara, dengan memberi wadah terbaik kepada belia dalam melaksanakan pelbagai aktiviti.

SELAMAT ULANGTAHUN KE 3.