Halaman

Kempen Simpan Minyak Masak Terpakai

Minyak masak merupakan suatu daripada bahan utama yang kita gunakan didalam sehari-hari terutama bagi mereka yang kerap memasak. Boleh dikatakan hampir keseluruhan makanan yang kita masak memerlukan minyak masak. Akan tetapi,penggunaan minyak masak yang berkali-kali boleh menyebabkan penyakit kanser. Inilah bahayanya menggunakan minyak masak yang kerap.

Selama ini kita sering terfikir kemana kita hendak lupuskan minyak masak yang telah kita gunakan selama ini. Dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk melupuskan minyak masak ini ke dalam longkang,sinki,tanah dan sebagainya. Ini lah pendorong yang menyebabkan sinki,lubang jamban malah antara penyebab kepada longkang tersumbat. Ini belum lagi dicampur dengan sampah sarap yang kita buang secara merata-rata tempat.

Malah, melalui survey yang kami buat lebih ramai yang tidak mengetahui cara untuk melupuskan sisa buangan ini. Melalui dengan adanya Kempen Alam Sekitar iaitu Kempen Kumpul Minyak Masak Terpakai ini yang dianjurkan oleh Kelab Belia Sentosa dengan Kerjasama Tahfiz Al Hira, pihak kami berharap dapat membuka mata dan memberi kefahaman kepada masyarakat tatacara untuk melupuskan minyak masak ini disamping dapat menjana pendapatan.

Bagi makluman lanjut, boleh menghubungi terus:

0183555979

Tiada ulasan:

Catat Ulasan