8 Febuari 2009 - KARNIVAL GERAK BELIA 2009 anjuran bersama Arrenas Entertaiment, PDRM, DBKL, RTM, Agensi DADAH kebangsaan telah diadakan di Taman Tasik Titiwangsa dari 7 hingga 9 Febuari, telah berjaya menarik minat penyertaan pelbagai persatuan dan kelab belia yang membuat pameran aktiviti mereka di sini. Kehadiran golongan belia sejak awal pagi lagi hingga lewat malam amat memeriahkan program ini. Pelbagai program diadakan antaranya Malaysian Record of Lion Dance, King of Stage Event, Konsert, Fishing Event, Poco-poco, Drift, Motorshow, Skuter Show, Sukan Rakyat dan banyak lagi
Walaupun Kelab Belia Sentosa tidak terlibat dalam gerai pameran dan penerangan, Kelab Belia Sentosa telah menghantar wakil untuk menyertai salah satu dari program yang dianjurkan iaitu 'King of Stage Event' yang disertai oleh kumpulan Galaxy.
Sedutan video >> klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan