Halaman

Majlis Berbuka Bersama Anak Yatim

26 Sept 2008 - Kelab Belia Sentosa(BEST) dengan kerjasama Surau Al-Furqan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim Siraman Kasih. Majlis ini telah diadakan di Surau Al-Furqan sendiri dan ianya dihadiri lebih dari 150 orang, turut hadir wakil kerajaan negeri, Saudara Mohd Nasharuddin Abd Aziz, yang hadir untuk memberi sumbangan kepada surau-surau di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Wakil surau-surau berkenaan hadir mewakili surau masing-masing untuk menerima sumbangan.
Pengerusi Kelab Belia Sentosa(BEST), Sdr. Zulkefli Nawawi berkata, program ini adalah salah satu dari program BEST yang bertujuan untuk memasyarakatkan belia. Beliau gembira kerana BEST dijemput untuk turut terlibat dalam aktiviti surau, dan program-program seperti ini mampu mendekatkan diri golongan belia dengan masyarakat terutama di tempat seperti surau, yang sememangnya menjadi pusat aktiviti masyarakat.
Didalam Majlis ini ahli BEST berkesempatan untuk berbuka dan bertarawikh bersama anak yatim dari rumah anak yatim Siraman Kasih, dan BEST turut menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir. Hadir sama memberi tazkirah ramadhan, didalam majlis ini ialah Presiden KLIUC(Kuala Lumpur Infrastructure University College), Prof. Dato' Wira Ir. Dr. Mohammad Noor Bin Hj Salleh .
Juadah untuk berbuka pada Majlis ini juga ditaja oleh Restoran Salam Sentosa. Selain itu antara penyumbang lain yang turut terlibat dalam memberi sumbangan ialah Ahli BEST dari kelab MyXV, Surau Al-Furqan, Red Dragon Pest Control dan beberapa individu lain.
Gambar sekitar aktiviti >> Gambar Aktiviti

1 ulasan:

  1. salam - tahniah kepada usaha Kelab Belia dan komitmen yang melihat sebilangan belia berada di posisi dan landasan yg betul. Saya sebagai komuniti setempat melihat ada banyak ruang yg terlohong selama ni mampu di isi dengan keujudan Kelab Belia ni. Sekali tahniah - semuga ada ruang untuk kita bercerita dan berkongsi nanti - cgu harun -

    BalasPadam