16 Ogos 2008 - Majlis Pelancaran Kelab Belia Sentosa(BEST) telah disempurnakan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman b. Nail. Program ini yang pada awalnya dirancang hanya untuk Majlis Perasmian kecil-kecilan telah menjadi seperti mini karnival dimana keinginan para belia yang berada di kawasan ini untuk turut terlibat dan menjadikan aktiviti mereka sebahagian dari aturcara program.
Antara yang terlibat adalah Kelab MyVX, Kelab Tiffana Family House, Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia, Persatuan Penduduk, pemimpin dan penduduk setempat. Malah ianya disokong dengan penglibatan Jabatan dan Agensi Kerajaan antaranya MDHS, Pejabat Penerangan Daerah, Agensi AntiDadah Kebangsaan, Pejabat Belia Daerah dan beberapa agensi yang lain.
Selain dari perasmian kelab, program ini juga adalah mempromosi dan menambah keahlian kelab dan ia telah berjaya mencapai matlamat sasaran. Urusetia program juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima-kasih terutama kepada Yang DiPertua MDHS kerana sudi merasmikan program kami dan kepada semua yang bertungkus-lumus membantu menjayakan program ini, termasuk mereka yang memberi pelbagai sumbangan sama-ada tenaga, peralatan mahupun sumbangan berbentuk kewangan.
Gambar sekitar aktiviti >> Gambar Aktiviti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan