14 Sept 2008 - Satu majlis berbuka puasa telah diadakan oleh BEST bersama ADUN Batang Kali, YB Tuan Isa b. Abu Kassim di Restoran Zoul's Station. Majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara ahli dan kepimpinan.
Majlis dimulakan dengan tayangan 'slide' aktiviti Majlis Pelancaran BEST yang diadakan pada 16 Ogos 2008. Selepas tayangan, ADUN Batang Kali YB Tuan Isa b. Abu Kassim telah memberi sedikit ucapan motivasi kepada belia dan seterusnya menyampaikan sijil kepada belia dan kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam menjayakan aktiviti pada hari Majlis Pelancaran BEST, antaranya Kelab MyXVi, Kelab Tiffana Family House, RC Racing dan lain-lain.
Turut hadir Ketua Balai Bukit Sentosa, Chief Inspektor Tuan Babu b. Abdul Salim(PJK). Bacaan doa telah dilakukan oleh Timbalan Pengerusi BEST, Saudara Mohd Bahzan dan majlis bersurai selepas berbuka puasa untuk solat Maghrib.
Gambar sekitar aktiviti >> Gambar Aktiviti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan