26 November 2008 - Majlis berkhatan beramai-ramai telah diadakan di surau Al-Furqan pada hari ini telah disertai 16 orang kanak-kanak di sekitar Bandar Bukit Sentosa. Majlis ini sebenarnya telah dimulakan dari malam semalam (25 November 2008) dengan cabutan nombor giliran untuk berkhatan, bacaan doa selamat dan solat hajat untuk keselamatan kanak-kanak yang mengambil bahagian telah diadakan selepas magrib lagi, dimana kanak-kanak yang mengambil bahagian telah diberi pulut kuning dan bunga telur. Majlis pada malam itu yang dihadiri lebih 100 orang, telah diakhiri dengan jamuan bersama AJK Surau, Ahli Belia, Ahli Kariah surau, IbuBapa dan kanak-kanak yang terlibat.
Program yang turut melibatkan ahli BEST sekitar Bandar Bukit Sentosa, yang turut membantu dalam penyediaan makanan dan unit media. Pengerusi BEST, saudara Zulkefli berkata; "Program seperti ini patut diadakan dengan lebih meriah lagi kerana ini adalah salah satu dari peristiwa yang berlaku hanya sekali dalam hidup kanak-kanak ini, dan ianya boleh diabadikan sebagai satu kenangan manis untuk mereka ketika di zaman kanak-kanak ini. Didalam program ini BEST berkerja-sama dengan surau Al-Furqan dalam menjalankan aktiviti untuk mengutip pengalaman dan insyaAllah di tahun yang akan datang kami akan cuba menjayakannya pula".
Program yang bermula seawal 7.30pagi, dimana kanak-kanak telah mandi di kolam mandi di rumah salah seorang dari AJK Surau dan kemudiannya di arak oleh bapa masing-masing ke surau. Program telah dirasmikan oleh Sdr. Nashruddin Abd. Aziz, Pengerusi Pusat Khidmat Rakyat, merangkap Ahli Majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan