15 November 2008 - Majlis penyampaian bengkong dan istiadat mandi minyak panas yang dianjurkan oleh Perguruan Seni Gayong Tapak Lima cawangan Bukit Sentosa dengan kerjasama Kelab Belia Sentosa telah diadakan di dataran sentosa pada hari ini telah menerima sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran mencecah lebih 400 orang. Majlis yang dirasmikan oleh YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, yang juga Penasihat Kehormat Kelab Belia Sentosa ini telah turut melibatkan penyertaan Persatuan Kompang Fattani Malaysia, cawangan Sg. Buaya dan Kelab MyXV.
Didalam majlis ini seramai 73 ahli perguruan telah menerima bengkong masing-masing. Sandang Pendekar Muda telah diberikan kepada Mohd Nur Fitri b. Rozaymi, Adnan b. Alias, Mohd Saiful b. Ahmad Syukeri, Mohd Khalil Khusairi b. Rushdan, Mohd Afizal b. Mohd Zulkefli dan Mohd Aminuddin b. Abd. Rahman yang juga menerima sijil pelajar terbaik 2008. Anugerah Pelajar Cilik Terbaik 2008 telah diberikan kepada adik Hazman b. Johari yang berusia 8 tahun, yang kini belajar di SK Bukit Sentosa.
Majlis juga telah menganugerahkan Sandang Kehormat kepada YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Tukiman Nail, Pengerusi Kelab Belia Sentosa, En. Zulkefli Nawawi, dan Timb. Pengerusi Majlis Kejurulatihan Kompang Fattani Malaysia, En. Mohamad Pauzi Mahmud. Sandang Anugerah telah diberikan kepada Setiausaha Kelab Belia Sentosa, En. Rizwan Zainal Abidin, Pengerusi Tadika KEMAS Sri Bakawali En. Shafie b. Atan, Guru Penasihat Silat SMK Batu 16, Rawang, Puan Hjh. Suryani bt. Hj. Hassan, Guru Penasihat Silat SMK Bandar Sg. Buaya, Ustazah Nasitah bt. Abd. Hamid dan Puan Ramlah bt. Mokhtar.
Upacara mandi minyak telah mulakan oleh tetamu kehormat, Tuan Tukiman Nail serta isteri dengan meletakkan tapak tangan di permukaan minyak panas dan disusuli oleh tetamu kehormat lain, pesilat dan ibu-bapa. Majlis seperti ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada belia tentang adat-istiadat pendekar melayu dan juga mempromosi silat ini kepada belia untuk dijadikan sebahagian dari aktiviti sihat yang boleh mereka sertai. Majlis ini juga telah disiarkan secara lansung di laman web Kelab Belia Sentosa di www.beliasentosa.org, yang dikendalikan oleh Unit Media, Kelab Belia Sentosa.
Kepada belia yang berminat, untuk turut serta didalam latihan yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di gelanggang BEST, Dataran Sentosa, anda boleh menghubungi Cikgu Bahzan(Along) - 017-3468540.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan