Halaman

Kursus Pengurusan Kepimpinan Belia

29 Mac 2009 - Kursus Pengurusan Kepimpinan Belia telah dianjurkan di Shahzan Inn, Bukit Fraser, dimana ianya disertai seramai 62 orang peserta yang dipilih dari beberapa persatuan dan kelab di sekitar Hulu Selangor. Kursus selama 3 hari 2 malam ini telah mendedahkan kepada peserta tentang kaedah mengurus dan memimpin kelab belia.

Didalam kursus yang dianjurkan ini, dua peserta telah dipilih sebagai peserta terbaik oleh Jawatankuasa penilaian. Menurut peserta terbaik belia, Saudara Mohamad Rizza b. Mohd. Razali, banyak ilmu dan pengetahuan juga peluang yang sebelum ini tidak beliau ketahui, dan dengan menyertai kursus ini, ianya telah membuka minda beliau dalam merancanga untuk berpesatuan. Peserta terbaik beliawanis, Saudari Ranjini a/p Nadarajan pula berasa amat bertuah kerana selain dari dapat menambah ilmu dan kenalan, beliau juga dapat mempelajari sedikit-sebanyak tentang ilmu menjadi sesorang pemimpin sesebuah persatuan.



Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Kelab Belia Sentosa ini juga telah mendapat pujian dan komen yang membina dari seluruh peserta kursus, rata-rata peserta berpendapat ini adalah antara kursus terbaik yang pernah mereka sertai. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Ibrahim b. Hasan, Pegawai Belia Daerah Hulu Selangor yang mewakili Pengarah Jabatan Belia Negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan