Halaman

Sambutan Maulidur Rasul


8 Mac 2009 - Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan bersama Surau Al-Furqan pada hari ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Program yang dimulakan dengan Pertandingan 'Kuiz Maulidur Rasul' dan 'Pertandingan Mewarna' untuk kanak-kanak yang diadakan selepas solat Zohor.
Program disusuli dengan persembahan nasyid oleh Ahli Kelab Remaja Al-Furqan(KRAF). Warga bangladesh yang tinggal di kawasan komuniti turut menyumbangkan nasyid dalam bahasa urdu yang berjudul 'nate al Rasul'. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BEST turut tidak ketinggalan bersama ahli belia menyampaikan nasyid yang berjudul 'Nabi Junjungan'. Jamuan diadakan pada pukul 6.30 petang disediakan secara gotong-royong.
Aktiviti disambung selepas magrib dengan mengadakan Forum Maulidur Rasul bersama tetamu jemputan iaitu Ustaz Hj.Asmadi Mustakim (Penolong Pengarah Pembangunan Pendidikan JAIS) dan Ustaz Hj .Kamal Azhari Zahra (Pengarah Amar Rabbani Association). Forum ini telah dipengerusikan oleh Saudara Fakaruddin Abdul Karim dan berakhir pada pukul 10.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan