Halaman

Pelancaran Kad Keahlian BEST


17 Mei 2009 - Pelancaran Kad Keahlian BEST telah diadakan di Dataran Sentosa serentak dengan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah. Pelancaran telah disempurnakan oleh Penasihat Kehormat Kelab Belia Sentosa, Tuan Tukiman b. Nail. Majlis pelancaran ini adalah sebahagian dari aktiviti sempena sambutan sambutan setahun BEST.
Majlis pelancaran ini juga telah mendapat kerjasama dari pihak Polis Di Raja Malaysia, dalam menjaya gimik pelancaran. Selepas bacaan doa, suasana senyap seketika apabila pengerusi majlis hanya duduk diam sehingga tetamu dan hadirin yang hadir terpinga-pinga, seketika kemudian terdengar siren kereta peronda Polis hadir merentasi Dataran Sentosa dan berhenti betul-betul di hadapan pentas utama.

Sdr. Abd Razak Jamhuri, salah seorang Exco BEST keluar dari kereta peronda, seterusnya mengambil sampul surat besar yang tertulis "Kepada : Seluruh Ahli, Kelab Belia Sentosa(BEST)" dan menyerahkannya kepada Tuan Tukiman b. Nail dan Presiden BEST, Sdr. Zulkefli Nawawi yang berada di pentas utama, untuk dibuka dan diletakkan di tempat yang disediakan.

Penasihat Kehormat BEST, Tuan Tukiman b. Nail kemudiannya berucap melancarkan kad keahlian BEST dan disusuli ucapan oleh Presiden BEST. Majlis ini diakhiri dengan upacara memotong kek sambutan setahun BEST yang dilakukan bersama oleh Presiden BEST, Penasihat Kehormat BEST dan tetamu jemputan. Keseluruh Ahli BEST berkumpul dan bersama-sama menyanyikan lagu 'selamat ulang tahun' untuk Kelab Belia Sentosa(BEST).

Semoga BEST terus cemerlang dalam menerajui kepimpinan belia di Negeri Selangor ini, khususnya di Daerah Hulu Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan