12 Jun 2009 - Majlis Pengkhataman Perguruan Seni Pencak Tapak Lima dan Perasmian Gelanggang Sg.Buaya telah diadakan malam tadi yang disempurnakan oleh YB. Mohd Isa b. Abu Kasim. Di majlis ini seramai 50 pesilat telah menamatkan fasa 1 latihan dan ilmu persilatan. Turut hadir di majlis ini adalah Guru Utama Kompang Fatani Malaysia, Tuan Hj.Mohd Salleh b. Hj. Mohd Said, Guru Tua merangkap Presiden Perguruan Seni Pencak Tapak Lima, Tuan Guru Hj. Azmi b. Hj.Ismail, Guru Seni Pencak Cemeni, Bapak Supaat b. Hj. Hashim, Bapak Hj Aziz, Guru Silat Semulajadi, Sdr. Nor Azli b. Rafaie, wakil dari persilatan Gayong Fatani Malaysia, Sdr. Hj. Sardi, Presiden Kelab Belia Sentosa dan AJK tertinggi Kelab Belia Sentosa, para tetamu kehormat serta para ibubapa pelajar.
Pengerusi Program, En.Mohd Pauzi b. Mahmud berkata, "Progam sebegini hendaklah diadakan secara berterusan, dalam mendedahkan generasi muda tentang warisan seni bangsa agar ianya tidak luput ditelan zaman. Ianya juga dapat mendisplinkan para belia bagi menghormati orang yang lebih tua, serta kembali kepada adat budaya bangsa dan menghindarkan belia dari aktiviti dan gejala sosial yang tidak sihat. Demi menyahut kata-kata semangat dari Laksamana Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang DiDunia', maka generasi belia inilah yang harus kita bentuk sebagai pewaris budaya bangsa."
Di Majlis penghataman ini juga diadakan upacara adat-istiadat mandi minyak telah diadakan, yang mana semua tetamu kehormat turut mengambil kesempatan bahagian didalam adata istiadat ini. Majlis di akhiri dengan jamuan ringan yang disertai oleh semua jemputan, para pelajar dan ibubapa yang hadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan