Halaman

Karnival Santai Hulu Selangor





20 Julai 2009 - Karnival Santai Hulu Selangor yang dianjurkan oleh Kelab Belia Sentosa telah dianjurkan dengan jayanya di Bandar Bukit Sentosa yang mana ianya telah dihadiri oleh lebih 10,000 pengunjung. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan, antaranya karaoke terbuka, sukaneka, autoshow, audio sound, audio light, motosikal, skuter, shuffle dan sebagainya.

Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mempromosi Daerah Hulu Selangor sebagai sebuah Daerah utama yang mana disini terletaknya kebanyakan syarikat automotif samaada syarikat pengeluar kereta atau pengeluar komponen. Sebagai sebuah daerah yang mempunyai paling banyak syarikat atau kilang pengeluar yang mana pekerjanya kebanyakannya adalah golongan belia yang juga berminat dalam bidang automotif, maka Kelab Belia Sentosa mengambil inisiatif dengan kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Belia Daerah Hulu Selangor untuk menganjurkan aktiviti karnival ini. Syarikat Excellent Marketing & Resources telah dilantik sebagai pengurus acara bagi karnival yang berlansung selama 2 hari ini.

Secara amnya program yang dijalankan adalah dianggap sangat berjaya kerana ianya adalah program yang menerima kunjungan terbesar yang pernah diadakan oleh Kelab Belia Sentosa. Presiden Kelab Belia Sentosa, saudara Zulkefli Nawawi berkata, beliau berharap program ini akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar Majlis Daerah tempatan kerana ianya bersesuaian dengan imej industri yang dapat dilihat didaerah ini, majoriti industri disini terutama disektor perkilangan menggunakan tenaga kerja golongan belia yang mana kebanyakan dari mereka sendiri adalah individu yang mempunyai minat dalam bidang automotif, maka program seperti 'autoshow' ini adalah yang paling sesuai, kerana ianya adalah tren generasi belia masa kini.

Dengan adanya karnival ini juga banyak maklumat berkaitan belia dapat disalurkan kepada golongan sasar termasuk mengenai peluang menyambung pelajaran, kursus-kursus percuma dan banyak lagi. BEST juga telah bekerjasama dengan PDRM dalam mempromosi Rakan Cop.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan