Batang Kali - Pelancaran BEST Batang Kali telah disempurakan oleh YB Isa b. Abu Kassim, ADUN Batang Kali. Majlis telah diadakan di halaman Kolej Komuniti dan telah dihadiri lebih 300 orang telah hadir untuk majlis ini termasuk pemimpin-pemimpin komuniti, pegawai belia, penggerak belia.
Pengerusi BEST Batang Kali, Muhammad Halilur Rahman b. Saed Maimuni berkata, 'majlis ini bertujuan memperkenal dan mempromosi BEST di Batang Kali, seperti yang kita sedia maklum BEST berasal dari DUN ini dan adalah sesuatu merugikan jika komuniti belia di kawasan ini tidak mengambil kesempatan untuk bersama-sama BEST untuk menggerakkan belia di komuniti ini.'. Beliau juga menyarankan agar golongan belia bersama bersatu di dalam BEST dan bersama bergerak untuk menjayakan sebarang aktiviti.
Sementara itu, Presiden BEST didalam ucapannya berkata, 'Kolej Komuniti adalah lokasi yang paling sesuai untuk pelancaran BEST disini kerana ia mencermin kesesuaian kawasan ini sebagai sebuah kawasan pendidikan dan aktiviti riadah. Ini kerana kawasan Batang Kali terdapat banyak kem-kem latihan dan pusat rekreasi yang boleh di manafaatkan oleh belia untuk menjayakan program-program dalam mendidik generasi belia, ini termasuklah Kolej Komuniti Hulu Selangor yang terletak di lokasi ini. Pelbagai program boleh dirancang oleh BEST Batang Kali dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Selangor dalam mengembangkan pelbagai bidang kemahiran yang disediakan oleh Kolej kepada belia terutamanya di Hulu Selangor ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan