Halaman

Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran BEST Sg. Buaya

Bandar Sg. Buaya - Majlis Jamuan Aidilfitri bersama komuniti yang diadakan disini bersempena pelancaran Kelab Belia sentosa Sg.Buaya telah diadakan dengan meriah bermula dari malam sabtu lagi. Program ini yang bertujuan memperkenalkan kewujudan Kelab Belia Sentosa(BEST) didalam komuniti dan mempromosi BEST kepada golongan belia didalam komuniti .

Program yang bermula dari hari sabtu dipenuhi dengan aktiviti yang memberi pendedahan kepada belia tentang budaya bangsa, terutama masyarakat melayu iaitu bergotong-royong dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengacau dodol, membakar lemang, menganyam dan merebus ketupat, juga bersama-sama menyediakan segala keperluan untuk Majlis Jamuan Aidilfitri yang diadakan keesokan harinya. Selain dari itu ianya memberi peluang kepada belia mempelajari cara membuat dodol, ketupat, rendang, lemang dan sebagainya, yang mana ianya ditunjuk-ajar oleh golongan veteran yang turut sama berganding bahu dalam membimbing belia tentang budaya dan amalan bangsa ketika melakukan majlis-majlis seperti ini.

Sementara itu, Datuk G.Palanivel telah diberi penghormatan oleh ADUN Batang Kali, YB Isa b. Abu Kasim untuk merasmikan Kelab Belia Sentosa(BEST) Sungai Buaya. Turut hadir di majlis perasmian ini adalah Guru Tua dan Pengasas, Perguruan Seni Pencak Tapak Lima Harimau Kumbang Malaysia - Tuan Hj. Azmi b. Ismail, Guru Utama Kompang Fatani Malaysia - Tuan Hj. Mohd. Salleh b. Datuk Hj. Mohd Said, Penasihat Kompang Fatani Sg. Buaya - Kolonel(B) Tuan Hj. Mohammad Ghani b. Mohammad Madersah, Penggerak Belia Daerah Gombak - Cik Wani Ishak, Wakil MBD Hulu Selangor - V.Mugilan, Pengerusi Pertubuhan Belia Wawasan India - S.Murugan, , Kepimpinan tertinggi Kelab Belia Sentosa dan ahli-ahli BEST.

Pengerusi BEST Sg.Buaya, Saudara Mohd Firdaus berkata ' kewujudan BEST di Sg.Buaya adalah sebagai satu wadah baru yang mampu menarik belia untuk melakukan pelbagai aktiviti sihat untuk kemajuan belia itu sendiri sama ada dari sudut kepimpinan, kebudayaan, kesukarelawan dan pendidikan. Pada minggu lepas sahaja seramai 8 orang belia dari Sg.Buaya telah dihantar untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia selama 3 bulan, yang mana kursus ini menjanjikan peluang kerjaya selepas mereka tamat latihan nanti.' . Tambah beliau, ' Setiap tahun sekolah di Sg.Buaya mengeluarkan hampir 100 pelajar lepasan SPM yang mana bagi mereka yang berjaya menyambung pelajaran, mereka mungkin telah mempunyai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pusat pengajian mereka, tetapi bagi mereka yang gagal ini adalah peluang yang harus diambil oleh mereka untuk meningkatkan kemahiran, seterusnya memajukan diri dalam kerjaya.'

Seperkara lagi yang menarik didalam majlis pelancaran ini ialah ianya disiarkan secara lansung di halaman web BEST.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan